Apa Itu Sakit?
Semua kejadian harus berada di dalam keseimbangan yang ditakrifkan sebagai sihat, cantik, ceria dan sebagainya. Alam sekitar juga perlu berada di dalam keseimbangan dan semua kejadian mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan. Contohnya dalam proses pernafasan manusia mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksid manakala tumbuh-tumbuhan mengambil karbon dioksid dan membebaskan oksigen bagi mengekalkan keseimbangan gas di dalam "atmosphere". Pencemaran alam sekitar sering dikaitkan dengan aktiviti pembangunan yang membebaskan gas carbon monoxide dan penebangan hutan yang berleluasa menyebabkan keupayaan menukarkan gas karbon dioksid kepada oksigen semakin berkurangan. Ketidakseimbangan ini menunjukan bahawa alam sekitar juga sedang "sakit". Kesan dari ketidakseimbangan ini menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis dan mendedahkan hidupan kepada radiasi ultra violet (sinar UV). Aras laut menjadi semakin tinggi dan cuaca dunia menjadi semakin tidak menentu antara simptom kepada ketidakseimbangan ini.
Sakit juga sering dikaitkan dengan bakteria, virus, parasit dan sebagainya. Persoalannya apakah benar penyataan bahawa agen-agen tersebut merupakan punca kepada sesuatu penyakit. Mengapa sesetengah orang tidak menghadapi masalah jangkitan bakteria yang menjadi punca kepada penyakit memandangkan terdapat 100 trilion bakteria yang wujud di dalam dan luar tubuh badan kita. Apakah benar bakteria, virus, parasit dan sebagainya adalah musuh kepada kita? Tidak, memandangkan tubuh badan kita juga memerlukan bantuan bakteria untuk melakukan proses penghadaman dan penyerapan tenaga oleh usus. Alam sekitar juga memerlukan peranan bakteria bagi membantu proses pereputan bagi mengimbangi ekosistem.
Penyakit terhasil akibat dari kegagalan organ menjalankan fungsinya secara berkesan menyebabkan toksin yang terdapat di dalam badan tidak dapat dikeluarkan dari sistem tubuh. Kegagalan ini disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak bahan berbahaya samada melalui pemakanan, udara dan sebagainya yang melebihi dari kemampuan sistem tubuh melakukan detoksifikasi. Kandungan unsur berbahaya ini di dalam tubuh badan mengakibatkan sistem tubuh menjadi tidak seimbang secara tidak langsung membuka ruang kepada aktiviti agen pelerai seperti bakteria, virus, parasit, kulat dan sebagainya. Tindakbalas agen pelerai ini menyebabkan ia dianggap sebagai punca kepada sesuatu penyakit. Senario ini menunjukan semua unsur mempunyai peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah kejadiannya.
Kenapa kita jatuh sakit?
Mengapa masih ada serangan penyakit sekiranya sistem imun berkemampuan untuk menghalang dari serangan dan jangkitan penyakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah atau gagal berfungsi dengan baik seperti
1. Faktor alam sekitar
*Penggunaan bahan kimia di dalam sektor pertanian seperti racun serangga umpamanya telah menyebabkan makanan menjadi tercemar dan menjejaskan sistem imun apabila memakannya.
*Radiasi ultra unggu (UV) dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan ozon yang berterusan.
*Kajian sainstis menunjukan 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan. Pembakaran bahan api ini menghasilkan bahan kimia yang sangat bertoksik seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs)
*Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur-unsur kimia yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dan sebagainya.
2. Faktor genetik atau faktor keturunan
3. Cara hidup yang tidak sihat seperti
merokok, alkohol, "stress", emosi,
kurang rehat dan sebagainya.
4. Pemakanan yang tidak seimbang
5. Rawatan perubatan yang menggunakan
antibiotik, steroid, x-ray, vaksinasi dan
seumpamanya telah memberi kesan yang buruk
kepada sistem imun.
Sila hubungi En Leham Md Som - 013-7512121 atau emailkan kepada getukubikayu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
0 comments:
Catat Ulasan